Kokain bernilai AS$300 juta ditemui terapung di Lautan Pasifik

Kokain yang ditemui di Lautan Pasifik.
- Advertisement -

SYDNEY: Pihak berkuasa New Zealand menemui 3.2 tan kokain bernilai lebih AS$300 juta terapung di Lautan Pasifik, dipercayai dihantar sindiket penyeludupan dadah ke Australia.

- Advertisement -

Polis New Zealand menyatakan bahawa dadah terbabit dikutip di Lautan Pasifik dalam operasi bersama Perkhidmatan Kastam New Zealand dan Angkatan Pertahanan New Zealand.

“Ini adalah antara rampasan terbesar dadah oleh pihak berkuasa di negara ini,” kata Pesuruhjaya Polis, Andrew Coster dalam satu kenyataan.

“Walaupun penemuan ini berjaya menumpaskan operasi sindiket penyeludupan dadah, kami tetap berwaspada memandangkan penjenayah terbabit akan terus berusaha melepasi tindakan penguat kuasa undang-undang,” katanya.

Pemangku Pengawal Perkhidmatan Kastam New Zealand, Bill Perry, berkata rampasan itu bernilai NZ$500 juta. – REUTERS

- Advertisement -