Qatar lantik Queiroz jurulatih hingga Piala Dunia 2026

Carlos Queiroz (kanan) berpengalaman melatih beberapa negara di peringkat Piala Dunia.
- Advertisement -

Persatuan Bola Sepak Qatar (QFA) mengumumkan jurulatih berpengalaman, Carlos Queiroz untuk membimbing skuad bola sepak negara itu sehingga Piala Dunia 2026 berakhir.

- Advertisement -

Jurulatih berusia 69 tahun yang berasal dari Portugal mengendalikan Iran pada pusingan akhir Piala Dunia tahun lalu di Qatar, tetapi pasukan kendaliannya tersingkir di peringkat kumpulan.

Queiroz menggantikan jurulatih dari Sepanyol, Felix Sanchez, yang mengetuai Qatar sepanjang kempen Piala Dunia mereka yang mengecewakan apabila tuan rumah tewas dalam ketiga-tiga perlawanan peringkat kumpulan dan hanya menjaringkan satu gol.

“Hari ini, Persatuan Bola Sepak Qatar secara rasmi memutuskan untuk melantik jurulatih Portugal, Carlos Queiroz sebagai jurulatih pasukan kebangsaan kami sehingga 2026,” kata QFA.

“Queiroz mempunyai biografi dan pengetahuan yang hebat serta pengalaman luas dalam bola sepak Asia.”

Piala Dunia 2026 di Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada akan menjadi penampilan kelima bekas pengurus Real Madrid, Queiroz di pusingan akhir, setelah memimpin negara asalnya Portugal pada 2010 sebelum membawa Iran ke kejohanan di Brazil, Rusia dan Qatar. – REUTERS

- Advertisement -