Mayat bayi baru lahir ditemukan di tempat buang sampah

Foto hiasan.
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Mayat bayi perempuan dipercayai baru lahir ditemukan di tempat pembuangan sampah di depan Rumah Kebajikan Taman Equine, Seri Kembangan di sini, pagi tadi.

- Advertisement -

Ketua Polis Daerah Serdang ACP A. A. Anbalagan berkata polis menerima maklumat pada pukul 10.05 pagi daripada orang awam mengenai penemuan mayat bayi berkulit cerah yang dibalut dengan kain dan diletakkan di dalam beg berwarna jingga.

Beliau berkata mayat bayi itu dijumpai di dalam kotak sampah oleh pekerja pengutip sampah.

“Mayat bayi itu dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian dan kes disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran, dan menyebabkan kematian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau memohon orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu untuk menghubungi balai polis berdekatan. – BERNAMA

- Advertisement -