Ucapan sambutan Thaipusam

- Advertisement -

PAS mengucapkan selamat sejahtera dan tahniah kepada seluruh rakyat Malaysia beragama Hindu yang menyambut perayaan Thaipusam hari ini dan esok.

- Advertisement -

Sebagai perayaan kedua terpenting bagi penganut agama Hindu di negara ini selepas Deepavali, perayaan Thaipusam adalah salah satu daripada ciri unik kepelbagaian budaya dan kepercayaan masyarakat kita, sekali gus mempunyai tarikan tersendiri, terutamanya kepada pelancong asing.

Sempena sambutan tahun ini, PAS juga berharap ia akan berjalan dalam suasana harmoni, lancar dan, paling utama, selamat kepada semua pihak tanpa apa-apa insiden yang tidak diingini dan boleh membahayakan, baik dalam kalangan pesertanya mahupun khalayak awam.

Semoga semua doa dan harapan baik yang mengiringi sambutan ini akan tertunai dan menambah kepada kebaikan bersama semua rakyat dan negara kita.

Selamat bercuti dan menyambut Hari Thaipusam.
Terima kasih.

TAKIYUDDIN HASSAN
Setiausaha Agung PAS
Bertarikh: 5 Februari 2023 – HARAKAHDAILY 5/2/2023

- Advertisement -