Kartunis legenda dari Dungun meninggal dunia

- Advertisement -

KUALA TERENGGANU: Kartunis lagenda berasal dari Dungun yang cukup terkenal di tanah air ini, Abdul Fatah Ngah, 70, telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 1.45 pagi hari ini.

- Advertisement -

Fatah Ngah yang cukup sinonim dengan karyanya A.Mahmud dan Lagak A. Mamud menerusi Majalah Gila-Gila merupakan nama besar dalam arena kartun negara dan merupakan antara generasi awal mempelori dunia berkenaan yang sebelum ini terlantar sakit akibat saraf sejak sekian lama.

Perkembangan itu telah dikongsikan adiknya, Manan Ngah yang juga merupakan komposer terkenal tanah air menerusi hantaran di laman Facebooknya kira-kira jalam 10 pagi tadi.

Menurut Manan, jenazah abangnya telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Syed Yahya, di Dungun kira-kira jam 11 pagi tadi.

“Semoga beroleh pengakhiran yang baik-baik buat abang kandungku Fatah Ngah @ lagak A.Mamud (70 tahun). Beliau (Allahyarham) telah pulang ke rahmatullah awal pagi tadi sekitar 01.45 pagi

“Kepada yang mengenali maafkanlah segala kesalahan beliau (Allahyarham) terhadap anda sekiranya ada,” tulisnya.

Fatah Ngah ketika hayatnya, pernah memenangi Anugerah Kartunis Malaysia 2015.

Pada Oktober 2011, pameran dan jualan amal untuk kartunis negara itu telah diadakan di Lana Wau, Kompleks Kraftangan, Kuala Lumput bertujuan mengumpul dana bagi membantu kos rawatan dan perubatannya yang mengidap penyakit berkenaan sejak lebih 40 tahun lalu. – TRDI.my

- Advertisement -