Bekas Presiden Pakistan, Pervez Musharraf meninggal dunia

Bekas Presiden Pakistan hidup dalam buangan di Dubai.
- Advertisement -

ISLAMABAD: Bekas Presiden Pakistan, Pervez Musharraf, meninggal dunia hari ini berikutan penyakit yang berpanjangan di sebuah hospital di Dubai, selepas bertahun-tahun hidup dalam buangan.

- Advertisement -

Tentera Pakistan dan kedutaan negara itu di Emiriah Arab Bersatu (UAE), mengumumkan kematian bekas ketua tentera, 79, yang disingkirkan dari kuasa pada 2008.

“Saya boleh sahkan bahawa beliau meninggal dunia pagi ini,” Shazia Siraj, jurucakap konsulat Pakistan di Dubai dan kedutaan di Abu Dhabi, memberitahu Reuters.

Ketua Tentera Pakistan serta tentera laut dan tentera udara, mengucapkan takziah di atas kematiannya, kata bahagian perhubungan awam tentera.

Bekas jeneral empat bintang itu, berkuasa dalam rampasan kuasa tanpa pertumpahan darah pada 1999. – REUTERS

- Advertisement -