Penonton berdiri dibenarkan di final Piala Liga

Ruang penonton berdiri di Stadium Cardiff City, antara stadium yang melaksanakan ruang itu secara percubaan.
- Advertisement -

Perlawanan akhir Piala Liga antara Manchester United dan Newcastle United pada 26 Februari ini akan mempunyai kawasan penonton berdiri yang selamat, buat kali pertama dalam tempoh 35 tahun peminat boleh berdiri di perlawanan akhir.

- Advertisement -

Jurucakap Liga Bola Sepak Inggeris (EFL) memberitahu bahawa Stadium Wembley yang boleh memuatkan 90,000 penonton akan mempunyai kawasan berdiri di belakang setiap pintu gol, dengan 867 tempat duduk disediakan untuk peminat kedua-dua kelab.

Kawasan atas stadium yang diperuntukkan untuk penonton berdiri ditukar kepada tempat duduk sepenuhnya hampir 30 tahun lalu selepas kejadian 97 penyokong maut apabila terperangkap dalam kawasan penonton berdiri yang terlalu sesak dan berpagar di Stadium Hillsborough pada 1989.

“Di kawasan ini, peminat dibenarkan berdiri di ruang yang diperuntukkan di belakang penghadang atau rel yang menghalang mereka daripada jatuh ke hadapan,” kata EFL dalam satu kenyataan.

“Di kawasan lain stadium, penyokong mesti kekal duduk.”

Keputusan ini susulan percubaan di kelab seperti Cardiff City, Chelsea, Manchester City, Manchester United dan Tottenham Hotspur yang menawarkan kawasan berdiri yang ditetapkan untuk peminat tuan rumah dan lawan.

Julai lalu, Kerajaan United Kingdom menyatakan bahawa lebih banyak kelab bola sepak Britain akan mempunyai kawasan berdiri selamat di stadium mereka. – REUTERS

- Advertisement -