Pencemaran udara di Bangkok meningkat

Kerajaan Thailand galakkan penduduk bekerja dari rumah untuk elakkan pencemaran udara.
- Advertisement -

BANGKOK: Pencemaran udara di Bangkok dan wilayah sekitar yang melonjak melepasi paras selamat menyebabkan pihak berkuasa menggesa orang ramai supaya tinggal dalam rumah dan mengelakkan aktiviti luar yang berat.

- Advertisement -

Kepekatan zarah bawaan udara yang kecil dan berbahaya dikenali sebagai PM2.5 di ibu negara adalah 14 kali ganda melebihi paras yang disyorkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), menjadikan yang keenam terburuk di dunia, menurut platform pengesanan kualiti udara Switzerland, IQAir.

Jabatan Kawalan Pencemaran Negara menyatakan bahawa keadaan cuaca yang tidak stabil memburukkan lagi keadaan sedia ada akibat pelepasan asap kenderaan dan kebakaran bermusim di kawasan pertanian.

“Kami perlu memperhebatkan usaha menangani pencemaran dengan menggalakkan orang ramai bekerja dari rumah. Bagi sekolah…mereka mungkin perlu mengelakkan aktiviti luar supaya kesihatan kanak-kanak tidak terjejas,” kata ketua pengarah jabatan itu dalam sidang akhbar. .

Sementara itu, penduduk Bangkok mengadu penglihatan kurang jelas dan sukar bernafas.

“Mata saya rasa seperti terbakar. Saya hampir tidak dapat melihat apabila terpaksa menunggang motosikal melawan angin,” kata Kanjanaporn Yampikul, 51, yang bekerja membawa teksi motosikal.

WHO mengesyorkan bahawa purata bacaan tahunan PM2.5 hendaklah tidak lebih melebihi 5 mikrogram setiap meter padu selepas mengubah garis panduannya tahun lepas, dengan mengatakan bahawa kepekatan yang rendah sekali pun menyebabkan risiko kesihatan yang ketara.

Paras di Bangkok dan kawasan sekitar pula ketika ini ialah 70.5 mikrogram semeter padu.

Menurut WHO, pendedahan kepada pencemaran udara luar dianggarkan menyebabkan 4.2 juta kematian pramatang setiap tahun. – REUTERS

- Advertisement -