Naik taraf jeti Kuah dan Pulau Tuba manfaatkan Langkawi

- Advertisement -

LANGKAWI: Kerajaan negeri akan memastikan kerja-kerja menaik taraf di Jeti Kuah dan Jeti Pulau Tuba di Langkawi dilaksanakan segera.

- Advertisement -

Menteri Besar, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, peruntukan RM15 juta dilulus Kerajaan Pusat untuk membiayai beberapa prasarana, terutama di Langkawi.

“Saya merakamkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim kerana meluluskan peruntukan untuk membiayai kerja-kerja menaik taraf jeti.

“Peruntukan terbabit diterima Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) Disember lalu. Peruntukan itu diharap dapat memulihkan semula ekonomi Pulau Bebas Cukai yang terjejas teruk sepanjang pandemik Covid-19,” katanya dalam kenyataannya, hari ini.

Sanusi berkata, usaha menaik taraf jeti dapat memberi keselesaan kepada orang ramai, terutama bagi menarik lebih ramai pelancong ke Pulau Lagenda itu.

Selain ia, katanya memberi keselesaan kepada penduduk tempatan yang sering berulang alik ke tanah besar.

“Semoga keprihatinan itu dapat diteruskan dalam pelbagai urusan lain dan dapat mengeratkan lagi hubungan antara kerajaan negeri dan Persekutuan atas semangat Federalisme,” tambahnya. – HARAKAHDAILY 2/2/23

- Advertisement -