Ahli Parlimen PN adakan permukiman dua hari

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Seramai 74 ahli Parlimen daripada PERIKATAN NASIONAL (PN) mengadakan permukiman selama dua hari bermula petang semalam, di ibu negara.

- Advertisement -

Permukiman itu selaras dengan komitmen PN yang menyatakan hasrat untuk bertindak sebagai pembangkang yang kredibel, matang, efektif dan berintegriti tinggi bagi menjuarai suara hati rakyat.

Pemukiman itu juga turut bertindak sebagai satu pasukan ampuh dalam melaksanakan tugas check and balance kepada kerajaan, lapor bersatu.org.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan timbalannya, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang hadir pada pemukiman itu.

Turut hadir ialah Setiausaha Agung PN, Dato’ Seri Hamzah Zainudin dan Ketua Whip PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Sementara itu dalam ucapan aluan, Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh menegaskan program seumpama itu penting bagi merapatkan hubungan silaturahim antara ahli Parlimen PN.

Katanya, tanggungjawab sebagai ahli Parlimen adalah satu amanah daripada rakyat dan harus dipikul dengan sebaik-baiknya.

Sementara itu, Hamzah berkata, usaha itu bertepatan dengan komitmen PN untuk menjadi pembangkang yang kredibel, matang, efektif dan berintegriti tinggi

Menerusi hantaran di laman sosial, Ahli Parlimen Larut itu menambah ia bagi menjuarai suara hati rakyat serta bertindak sebagai satu pasukan ampuh dalam melaksanakan tugas check and balance kepada kerajaan. – HARAKAHDAILY 2/2/2023

- Advertisement -