La Liga kecam perbelanjaan mewah EPL

Presiden La Liga, Javier Tebas
- Advertisement -

Presiden La Liga (Liga Sepanyol), Javier Tebas, mengkritik perbelanjaan mewah kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) yang menguasai pasaran ketika jendela perpindahan musim sejuk.

- Advertisement -

Tebas merujuk kepada perbelanjaan Chelsea selepas kelab London itu membuat hampir separuh daripada pembelian EPL dengan perbelanjaan kira-kira AS$225 juta – lebih daripada gabungan setiap kelab dalam liga terkemuka di Sepanyol, Itali, Jerman dan Perancis.

“EPL adalah pertandingan yang kehilangan berbilion Pound dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini,” kata Tebas.

Beliau berkata, kerugian itu ditampung oleh sumbangan `penaung’ iaitu pelabur besar Amerika Syarikat (AS) dan keadaan ini tidak berlaku di liga lain, terutama Liga Sepanyol dan Liga Jerman.

Tebas menyatakan bahawa kawalan ketat Sepanyol terhadap kemampanan kewangan dengan tidak membenarkan `sumbangan’ untuk menampung kerugian dalam jumlah yang besar dan ini yang mewujudkan perbezaan EPL dengan liga lain.

Namun, beliau mengakui bahawa kelab Inggeris mempunyai perolehan yang lebih tinggi secara komersial.

“Agak berbahaya bahawa pasaran yang melambung seperti yang berlaku dalam beberapa tahun kebelakangan ini di Eropah kerana boleh menjejaskan kemampanan bola sepak Eropah,” katanya.

Presiden Liga Sepanyol yang mahu mengurangkan penguasaan global EPL berkata bahawa membeli pemain pada harga yang dibeli oleh EPL adalah pembelian inflasi.

Dia berkata Liga Sepanyol masih berjalan dengan baik dan menyatakan bahawa baru-baru ini, liga itu mempunyai dua pasukan yang mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara, serta pemenang Ballon d’Or, Karim Benzema dari Real Madrid serta pemenang pemain muda terbaik Ballon d’Or, Gavi dari Barcelona. – AP

- Advertisement -