Covid-19: Kanada rekodkan lebih 50,000 kematian

- Advertisement -

OTTAWA: Jumlah jangkitan Covid-19 di Kanada melonjak kepada 4,550,256 kes manakala kematian sebanyak 50,380 direkodkan setakat 21 Jan, menurut Agensi Kesihatan Awam Kanada (PHAC) pada Isnin.

- Advertisement -

Kenyataan itu memaklumkan bahawa virus SARS-CoV-2 masih menular secara meluas di seluruh Kanada dan kerajaan akan melaksanakan tindakan terbaik untuk mengehadkan penyebaran virus serta mengurangkan impaknya terhadap masyarakat.

Covid-19 kekal sebagai kecemasan kesihatan awam yang membimbangkan antarabangsa dan Kanada akan terus memantau situasi Covid-19, menurut PHAC.

PHAC memaklumkan bahawa Kanada akan terus menyumbang dan menilai epidemiologi global Covid-19, termasuk bekerjasama dengan rakan kongsi antarabangsa untuk meningkatkan kapasiti penjujukan genom virus itu.

Memandangkan angka jangkitan Covid-19 dan kadar kemasukan ke hospital terus meningkat, pencegahan termasuk pemberian vaksin Covid-19 dan amalan perlindungan peribadi, kekal menjadi pendekatan terbaik dalam mengurangkan risiko jangkitan teruk dan mengehadkan beban pada sistem kesihatan, menurut PHAC. – BERNAMA

- Advertisement -