Ustaz Zakaria Ahmad kembali ke rahmatullah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ustaz Zakaria Ahmad kembali ke rahmatullah pada 7.30 malam tadi, di Hospital Taiping.

- Advertisement -

Naib Presiden PAS, Datuk Idris Ahmad memaklumkan, abang beliau itu mengalami sakit ketumbuhan di dalam kepala.

“Semoga almarhum dihimpun bersama orang yang soleh. Minta jasa baik puan puan yang membaca maklumat ini doakan keampunan oleh Allah ke atas almarhum,” ujarnya dalam hantaran di Facebook beliau, malam tadi.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan Serai berkata, jenazah boleh diziarahi di alamat 536 Kampung Aman, Pokok Asam, Taiping.

Menurutnya, jenazah akan disolatkan di Masjid Changkat Ibul, Bukit Gantang pada jam 11 pagi ini. – HARAKAHDAILY 28/1/2023

- Advertisement -