Perlis berusaha ceria semula pekan lama

- Advertisement -

????: Kerajaan Perlis berusaha untuk menceriakan kembali pekan-pekan lama, termasuk pekan yang majoriti penduduknya kaum Cina.

Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli berkata, perkara itu selaras manifesto PERIKATAN NASIONAL (PN) Negeri Perlis pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

- Advertisement -

Katanya juga pada Bajet Perlis 2023, kerajaan menyediakan bantuan kebajikan rakyat dan kemudahan lain sebanyak RM7.66 juta bagi membantu mereka yang layak tanpa mengira kaum.

Beliau berkata demikian pada Karnival Tahun Baharu Cina di Pekan Lama Arau, malam tadi.

Hadir sama anggota-anggota Exco, ADUN, Ahli Parlimen, pegawai kanan kerajaan, Yang di-Pertua Dewan Perniagaan Cina Perlis, Ching Ban Pai dan Pengerusi Dewan Perniagaan dan Perindustrian Tionghoa Perlis Koay Chee Khoon.

Kehadiran Menteri Besar disambut dengan persembahan tarian singa oleh Pertubuhan Tarian Singa dan Naga Hong Teik Alor Setar Kedah.

Turut dipersembahkan tarian singa atas tiang, Guzheng, Wushu dan Opera Beijing.

Sempena program tersebut Mohd Shukri turut meninjau gerai jualan sepanjang pekan lama Arau. Terdapat penjual makanan, permainan tradisional masyarakat Cina dan pelbagai lagi. – HARAKAHDAILY 21/1/23

- Advertisement -