Boss bola sepak Perancis disiasat kerana gangguan moral dan seksual

Noel Le Graet dikecam kerana kritik Zinedine Zidane
- Advertisement -

Pejabat Pendakwa Raya Paris membuka kertas siasatan berhubung dakwaan gangguan moral dan seksual terhadap Presiden Persekutuan Bola Sepak Perancis (FFF), Noel Le Graet.

- Advertisement -

Le Graet yang sebelum ini menafikan dakwaan itu ketika siasatan Kementerian Sukan, minggu lalu, `mengundurkan diri’ daripada tugasnya, dengan Philippe Diallo bertindak sebagai pengganti sementara.

“Sebagai tindak balas kepada laporan IGESR (Pemeriksaan Umum Pendidikan, Sukan dan Penyelidikan) pada 13 Januari lalu, siasatan dibuka semalam terhadap tuduhan gangguan moral dan seksual,” kata Pejabat Pendakwa Raya Paris.

September lalu, Kementerian Sukan mengarahkan audit dijalankan selepas FFF mengeluarkan kenyataan akan memfailkan saman fitnah terhadap majalah So Foot yang melaporkan bahawa Le Graet didakwa mengganggu beberapa pekerja wanita.

Le Graet, 81, juga dikecam oleh pemain dan ahli politik kerana mengkritik ikon bola sepak Perancis dan pemenang Piala Dunia 1998, Zinedine Zidane.

Dia juga dikritik kerana melanjutkan kontrak jurulatih Perancis, Didier Deschamps sehingga 2026, dua tahun selepas tempohnya sebagai Presiden FFF tamat. – REUTERS

- Advertisement -