Isu pemilikan tanah punca naik taraf sekolah agama lewat

- Advertisement -

KOTA BHARU: Kerajaan negeri sentiasa berusaha menyediakan prasarana pendidikan lebih sempurna di sekolah-sekolah agama di bawah kendalian Yayasan Islam Kelantan (YIK).

- Advertisement -

Pengarah YIK Engku Rajhan Engku Ismail berkata, usaha menaik taraf sekolah agama daripada Sekolah Menengah Ugama (SMU) (Arab) kepada maahad dilaksana semula pada 2018.

Katanya, sasaran awal YIK sebuah sekolah SMU(A) dinaik taraf setiap tahun.

“Tetapi setakat hari ini hanya dua sekolah SMU(A) dinaik taraf kepada maahad iaitu Maahad Taqadum Maarif Pasir Tumboh yang dinaik taraf pada 2018.

“Selain itu SMU(A) Tarbiyah Panchor kepada Maahad Tarbiyah Panchor di Pengkalan Chepa pada tahun lepas,” katanya di sini.

Menurutnya juga usaha untuk menaik taraf SMU(A) berdepan dengan beberapa kekangan biarpun sekolah terbabit sudah sudah mencukupi kriteria yang ditetapkan YIK.

Antaranya kata beliau YIK mengambil kira jumlah pelajar bagi tingkatan enam yang belajar di sekolah terbabit.

Bagaimanapun katanya syarat itu sudah mencukupi, namun isu status tapak sekolah mengambil masa agak lama untuk diselesaikan.

“Ini kerana sekolah-sekolah lama yang bermula SMU(A) kebanyakan tapak sekolah diwakafkan oleh ulama-ulama dahulu.

“Tanah terbabit sebenarnya milik persendirian kemudian diwakafkan untuk pembangunan sekolah agama,” ujarnya.

Oleh itu katanya usaha menaik taraf SMU(A) kepada maahad mengambil masa agak lama kerana masalah pemilikan tanah yang perlu diselesaikan terlebih dahulu. – HARAKAHDAILY 18/1/2023

- Advertisement -