Parkir berbayar: Belum waktu sesuai laksanakan

Di Bandar Muadzam Shah dan Rompin

- Advertisement -

DI KALA ekonomi masih tidak stabil, dengan banyak bekalan asas rakyat yang masih kurang penawaran dan harga masih tinggi. 

- Advertisement -

Di kala ibu bapa akan menghadapi kos perbelanjaan yang tinggi pada bulan Mac sempena pembukaan baru sesi persekolahan.

Kerajaan Negeri Pahang melalui Majlis Daerah Rompin akan melaksanakan sistem parkir berbayar terutamanya di bandar Muadzam Shah dan Rompin.

Kita faham mengapa perkara sebegini berlaku kerana ia merupakan sumber hasil kepada pihak berwajib. Dan kita juga faham Majlis Daerah Rompin sedang dalam usaha menaik taraf menjadi Majlis Perbandaran Rompin.

Adakah pelaksanaan ini wajar dilakukan sekarang? Dengan bebanan yang sedang rakyat tanggung dan rakyat akan berdepan dengan pembukaan sesi persekolahan baru pada Mac ini. Tindakan sebegini akan membebankan rakyat.

Satu lagi yang saya ingin bertanya kepada pihak bertanggungjawab, adakah anda sedar yang fasiliti jalan raya di bandar Muadzam Shah dan Rompin ini sangat teruk?

Selesaikan dulu masalah infra, bagi keselesaan kepada rakyat dan kemudian anda nak melaksanakan parkir berbayar ini lebih munasabah berbanding sekarang dengan infra yang teruk.

Saya menegaskan penangguhan pelaksanaan parkir berbayar ini wajar ditangguhkan dahulu sehingga perkara-perkara infra untuk keselesaan warga Muadzam Shah khususnya dan Rompin amnya selesai dibaiki dan ditambah baik. Kewajaran penangguhan ini juga melihat daripada sudut rakyat akan berdepan dengan pembukaan sesi persekolahan baru, awal Ramadhan dan Syawal yang bakal disambut.

Jadi tangguh dulu, fikirkan bebanan rakyat dan selesai dahulu permasalahan infra sebelum ia dikuatkuasakan.

AHMAD AZLAN ABU BAKAR CA (M)
Exco Dewan Pemuda PAS
Negeri Pahang – HARAKAHDAILY 12/1/2023

- Advertisement -