SEJAK 10 tahun kebelakangan ini pil stimulan yang bernama ATS (Amphetamine Type Stimulant) menjadi kegilaan baharu bagi penagih dadah dalam Malaysia.
Kajian mendapati juga penggunaan pil perangsang seperti itu dikaitkan secara terus dengan aktiviti seks bebas yang juga menjadi punca kenapa kes HIV meningkat dalam negara kita; akibat daripada keghairahan seks bebas.
Jika dahulu orang yang mempersalahkan penggunaan jarum penagihan dadah dengan mengambil Heroin ataupun Morfin penyebab kepada jangkitan HIV, tetapi sekarang pattern sudah berubah kepada seks bebas.
Mereka beralih dari ketagihan dan khayal melalui cucuk dadah kepada dadah jenis baru iaitu ATS atau pil kuda.
Sekarang sekali gus kita boleh memerhatikan bahawa program pemberian jarum dan kondom secara percuma bermula 2005 yang lalu bukan menjadi indikator utama kenapa jangkitan di kalangan penagih dadah melalui jarum itu berkurangan.
Tetapi kaedah ketagihan yang mereka cari sudah pun berubah dari cucuk jarum kepada pil yang lebih senang diperolehi.
Lagipun terdapat kajian mengatakan bahawa penggunaan jarum secara percuma di kalangan penagih dadah hanya 20.1 peratus sahaja.
Banyak faktor yang menyebabkan mereka tidak menggunakan perkhidmatan percuma yang dilaksanakan oleh kerajaan itu.
Oleh itu isu ini kita perlu lihat secara menyeluruh bagaimana untuk merawat akar umbi penyebab (root cause) kenapa boleh berlakunya peningkatan HIV dan bagaimana untuk sama-sama kita mencegah dan merawat di dalam masyarakat.
Saya yakin bahawa usaha untuk mencegah HIV dan mencapai sasaran sifar HIV 2030 bukan semata-mata kerja yang perlu dilakukan oleh KKM, tetapi memerlukan sokongan padu daripada ahli politik, badan-badan profesional, organisasi bukan kerajaan dan individu berpengaruh.
Tidak lupa juga peranan yang utuh perlu dimainkan oleh masyarakat dan keluarga itu sendiri.
DR SUHAZELI ABDULLAH
Pakar Perubatan Keluarga
Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) – HARAKAHDAILY 11/1/2023
Rujukan:
1. Aida Maziha Zainudin, Nik Nor Izah Nik Ibrahim, Wan Nazirah Wan Yusuf et.al. Urine Drugs of Abuse Testing at Hospital Universiti Sains Malaysia: A Review of Trends from 2009 – 2019. Malaysian Journal of Medicine and Health Sciences. 2022. (eISSN 2636-9346).
2. Mazlan, Mahmud; Vicknasingam, Balasingam Kasinather; Schottenfeld, Richard; Chawarski, Marek Substance Abuse Research Center, Malaysia. Characteristics of Opiate IDUs With and Without ATS Abuse in Kuala Lumpur, Malaysia. 2009. NIH; National Institute on Drug Abuse.
3. Singh D, Chawarski MC, Schottenfeld R, Vicknasingam B. Substance Abuse and the HIV Situation in Malaysia. Journal of Food and Drug Analysis. 2013 Dec;21(4):S46-S51. DOI: 10.1016/j.jfda.2013.09.033. PMID: 25278737; PMCID: PMC41792
PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS.
Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!
Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!