Pembelian Ronaldo ‘luar biasa’ – Garcia

Ronaldo dan keluarganya tiba di Lapangan Terbang Raja Khalid, Riyadh, Arab Saudi. - REUTERS
- Advertisement -

Jurulatih Al Nassr, Rudi Garcia, berkata pembelian Cristiano Ronaldo adalah langkah besar ke hadapan untuk bola sepak Arab Saudi selepas penyerang Portugal itu tiba di Riyadh sebelum pelancaran rasminya, semalam.

- Advertisement -

Ronaldo yang merupakan ejen bebas berikutan perpisahan `menyakitkan’ dengan Manchester United pada November lalu, menyertai Al Nassr minggu lalu dengan perjanjian 2-1/2 tahun yang dianggarkan oleh media bernilai lebih 200 juta Euro.

“Menandatangani pemain besar seperti Cristiano Ronaldo adalah luar biasa dan menyumbang kepada pembangunan bola sepak Arab Saudi,” kata Garcia yang sebelum ini mengendalikan Lille, AS Roma, Olympique Marseille dan Olympique Lyonnais.

“Kami gembira dengan kedatangannya. Matlamat pertama adalah untuk bekerja supaya dia boleh menyesuaikan diri dengan pasukan, menikmati permainan untuk Al Nassr dan menghiburkan peminat.”

Papan iklan gergasi di Riyadh mengumumkan Ronaldo menyertai Al Nassr. – REUTERS

Ronaldo akan diperkenalkan di gelanggang Al Nassr, Mrsool Park dengan kira-kira 25,000 peminat dijangka hadir.

Kelab yang mendahului Liga Profesional Saudi (SPL) itu menyaksikan jumlah pengikut di akaun Instagram mereka meningkat berjuta-juta sejak mereka mengumumkan perpindahan Ronaldo.

Penyerang berusia 37 tahun itu menjaringkan 819 gol sepanjang kerjayanya dan kedatangannya mewakili `rampasan kuasa’ untuk negara Teluk itu yang ingin membawa lebih banyak nama besar ke SPL.

“Kami akan menyokong seluruh kelab kami untuk tawaran kualitatif dengan bintang antarabangsa tidak lama lagi,” kata Menteri Sukan Arab Saudi, Abdulaziz bin Turki Al-Faisal.

Cristiano, selamat datang ke rumah baharu anda, selamat datang ke SPL.” – REUTERS

- Advertisement -