UPKN tunjang kekuatan kerajaan Kelantan

- Advertisement -

KOTA BHARU: Urus Setia Penerangan dan Komunikasi Negeri Kelantan (UPKN) terus mara bagi membentuk corak kepimpinan melalui gerak kerja berintegrasi.

- Advertisement -

Pengarahnya Kamaruzaman Mohamad berkata, UPKN bertekad untuk berdiri tegap sebagai tulang belakang bersayap agam sebagai tunjang kekuatan kerajaan negeri.

Katanya UPKN sedaya upaya memperkasa teknik memposisi individu dalam setiap unit bagi membentuk kumpulan yang aktif berinteraksi dengan saling memberi, membina dan melaksana idea konstruktif.

“Pelan gerak kerja perlu dikemaskini dan diperkasakan khasnya dari segi fungsi hakiki dan peranan sampingan warga organisasi.

“Kita berharap impak keberkesanan penyebaran informasi di media digital dan konvensional dapat dikongsikan bersama sasaran untuk mencapai matlamat pelaksanaan dasar Merakyat Membangun Bersama Islam bertonggak Keberkatan Kemakmuran Kebajikan,” katanya pada kenyataan di sini.

Kamaruzaman yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif Harakah dilantik menerajui UPKN mulai 1 Disember lepas menggantikan Adun Chempaka Ahmad Fathan Mahmood, yang dilantik sebagai Timbalan Exco.

Beliau yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat berasal dari Rantau Panjang. – HARAKAHDAILY 2/1/2023

- Advertisement -