Kerjaya bola sepak Ronaldo: Nacional hingga Al Nassr

Gaya Ronaldo ketika menyertai Nacional, Sporting dan Manchester United
- Advertisement -

Penyerang Portugal, Cristiano Ronaldo menyertai kelab Arab Saudi, Al Nassr dengan perjanjian selama 2-1/2 tahun.

- Advertisement -

SEJARAH AWAL

  • Dilahirkan pada 5 Februari 1985 di Funchal, Madeira.
  • Bermain bola sepak untuk pasukan remaja Nacional sebelum menyertai Sporting pada tahun 2002.

MANCHESTER UNITED (2003-09)

  • Pengurus United, Alex Ferguson, menandatangani pemain berusia 18 tahun itu dengan harga 12.24 juta Pound pada Ogos 2003.
  • Pada 2006-07, United memenangi gelaran Liga Perdana dan Ronaldo dinamakan Pemain Bola Sepak Terbaik England.
  • Memenangi juara berganda, Liga Perdana dan Liga Juara-Juara pada musim 2007-08 dan bergelar penjaring terbanyak Eropah dengan 42 gol.
  • Caps musim 2008 dengan memenangi Ballon d’Or.
  • Pada 2008-09, membantu United merangkul kejuaraan Liga Perdana dan Piala Liga.
  • Menjaringkan 118 gol dalam 291 penampilan untuk United.

REAL MADRID (2009-18)

  • Ronaldo dibeli dengan harga 80 juta Pound dari United pada 2009, rekod dunia pada masa itu.
  • Menjaringkan 46 gol pada musim La Liga 2011-12 ketika Real memenangi kejuaraan.
  • Menjaringkan rekod 17 gol dalam Liga Juara-Juara pada 2013-14 ketika Real memastikan kejuaraan Eropah ke-10.
  • Menjaringkan gol dalam penentuan sepakan penalti menentang Atletico untuk memberikan Real gelaran Liga Juara-Juara ke-11 pada 2016.
  • Memenangi Ballon d’Or pada 2013, 2014, 2016 dan 2017.
  • Menjadi penjaring terbanyak Real Madrid sepanjang zaman dengan 451 gol.

JUVENTUS (2018-21)

  • Menyertai kelab Turin pada Julai 2018 dengan bayaran dilaporkan sebanyak 100 juta Euro, tertinggi untuk pemain berusia lebih 30 tahun.
  • Menjaringkan 21 gol ketika Juve memenangi Scudetto kelapan berturut-turut, sekali gus menjadi pemain pertama memenangi kejuaraan liga di England, Sepanyol dan Itali.
  • Menduduki tempat ketiga Anugerah Pemain Lelaki Terbaik FIFA 2019, di belakang Lionel Messi dan Virgil van Dijk dari Liverpool.
  • Menjaring 31 gol untuk menamatkan saingan sebagai penjaring gol kedua terbanyak pada musim Serie A 2019-20 ketika Juventus sekali lagi memenangi kejuaraan.
  • Bagaimanapun, Juve disingkirkan oleh Olympique Lyonnais pada pusingan 16 Liga Juara-Juara.
  • Memenangi Anugerah Kasut Emas Serie A untuk 2020-21 dengan 29 gol, tetapi gergasi Itali itu gagal memenangi liga, menduduki tempat keempat.
  • Menjaringkan 101 gol dalam 134 perlawanan meliputi semua pertandingan.
Ronaldo kini menjadi pemain Al Nassr

MANCHESTER UNITED (2021-22)

  • Menyertai semula kelab Liga Perdana pada Ogos 2021 dengan bayaran 15 juta Euro.
  • Menjadi pemain pertama menjaringkan gol dalam lima perlawanan Liga Juara-Juara berturut-turut dalam satu musim untuk kelab Inggeris.
  • Mencapai 807 gol untuk menjadi penjaring terbanyak dalam sejarah bola sepak profesional
  • Manchester United disingkirkan oleh Atletico Madrid pada pusingan 16 Liga Juara-Juara dan menduduki tempat keenam Liga Perdana.
  • Menjaring 18 gol untuk menjadi penjaring gol ketiga tertinggi Liga Perdana.
  • Menjaringkan 24 gol dalam semua pertandingan untuk menjadi penjaring terbanyak pasukan untuk musim ini.
  • Memenangi anugerah Pemain Terbaik Manchester United Sir Matt Busby.
  • Menamatkan musim tanpa trofi buat kali pertama sejak kempen 2009-10.

PORTUGAL (2003-)

  • Membuat debut Portugal pada Ogos 2003.
  • Membantu muncul naib juara Euro 2004.
  • Portugal disingkirkan dari Piala Dunia 2010 oleh Sepanyol dalam pusingan 16 terakhir.
  • Portugal hanya setakat peringkat kumpulan pada Piala Dunia 2014 dan Ronaldo bergelut dengan kecederaan.
  • Pada 2016, membantu Portugal memenangi kejuaraan Eropah pertama menewaskan Perancis 1-0 di final.
  • Kapten Portugal dalam kemenangan ke atas Belanda pada perlawanan akhir Liga Negara-Negara 2018-19.
  • Menjaringkan gol menentang Perancis di Euro 2020, menyamai rekod antarabangsa bekas kapten Iran, Ali Daei dengan 109 gol.
  • Memenangi Kasut Emas Euro 2020 dengan lima gol dan satu bantuan.
  • Pada September 2021 melepasi rekod Daei selepas menjaringkan dua gol menentang Ireland dalam kelayakan Piala Dunia.
  • Bermain Piala Dunia kelimanya bersama Portugal di Qatar 2022
  • Menjadi pemain pertama menjaringkan gol dalam lima Piala Dunia selepas menjaringkan penalti menentang Ghana dalam perlawanan Kumpulan H.
  • Portugal tersingkir daripada Piala Dunia pada suku akhir oleh Maghribi. – REUTERS

- Advertisement -