13 terkorban akibat banjir dan hujan di Filipina

- Advertisement -

Angka kematian akibat hujan di selatan Filipina meningkat kepada 13 orang, manakala usaha mencari 23 orang yang hilang masih diteruskan ketika banjir mula surut.

- Advertisement -

Kebanyakan kematian berpunca daripada lemas akibat banjir kilat selepas dua hari hujan lebat mengganggu sambutan Krismas dan memaksa lebih 45,000 orang berlindung di pusat pemindahan.

Gambar di media sosial menunjukkan pengawal pantai, polis dan bomba mengharungi banjir separas pinggang dan membawa penduduk di sepanjang kawasan yang dilanda tanah runtuh. Beberapa jalan ditenggelami air sungai yang melimpah.

Ketua agensi bencana di bandar Clarin di wilayah Misamis Occidental, Carmelito Heray, memberitahu stesen radio DZBB, bahawa operasi menyelamat diteruskan dan kerosakan terhadap pertanian sedang dinilai.

Pasukan penyelamat Filipina memindahkan warga emas ke tempat selamat

Walaupun ribut tropika tidak berlaku ketika musim percutian sempena perayaan Krismas di Filipina, kawasan pertemuan antara angin panas dan sejuk menyebabkan awan hujan terbentuk di selatan negara itu.

“Kerosakan besar di sini ialah ternakan kerana pengusaha kehilangan segala-galanya,” kata Datuk Bandar Clarin, Emeterio Roa di radio. – REUTERS

- Advertisement -