Mayat lelaki ditemui di roda pesawat di UK dari Gambia

Polis Sussex sedang menyiasat berikutan penemuan mayat seorang lelaki di Lapangan Terbang West Sussex, Britain. (FOTO: BBC)
- Advertisement -

WEST SUSSEX, Britain: Mayat seorang lelaki dipercayai penumpang haram telah ditemui di bahagian roda sebuah pesawat penerbangan Tui Airways di Lapangan Terbang Gatwick, di West Sussex, Britain.

- Advertisement -

Pesawat itu telah melakukan perjalanan dari ibu kota Gambia, Banjul ke lapangan terbang di West Sussex pada 5 Dis lalu, manakala menurut kenyataan polis Sussex pada Rabu (21 Dis) waktu tempatan, penemuan mayat tersebut  dibuat di lapangan terbang berkenaan adalah pada kira-kira 04:00 GMT pada 7 Dis lepas lagi, lapor CNN.

Jurucakap Lapangan Terbang Gatwick berkata: “Ini adalah berita yang sangat menyedihkan dan fikiran kami tertuju kepada keluarga dan rakan-rakan si mati.”

“Kami mengesahkan bahawa siasatan dengan pihak berkuasa sedang dijalankan selepas mayat itu  ditemui dalam penerbangan Tui dari Gambia ke Lapangan Terbang London Gatwick pada 7 Disember lalu, tapi baru sekarang kenyataan media dibuat. 

“Pihak kami ingin merakamkan ucapan takziah.”

Sementara tambah kenyataan pihak polis Sussex, pegawainya sedang menyiasat dan laporan akan disediakan untuk koroner penyiasatan kes terbabit.

Dalam pada itu, jurucakap kerajaan Gambia berkata lelaki itu adalah lelaki kulit hitam yang tidak dikenali.

Sebuah pesawat Tui Airways mendarat di landasan kapal terbang. (FOTO: Airlines-Airports)

Perjalanan sejauh 2,760 batu (4,444 kilom) dari Gambia ke Britain biasanya mengambil masa kira-kira enam setengah jam dalam penerbangan terus.

Sebelum ini, Terdapat beberapa kes penumpang gelap ditemui mati membabitkan pesawat yang mendarat di Britain, selain pesawat Britain sendiri.

Pada 2001, mayat Mohammed Ayaz, 21, dari Pakistan, ditemui di tempat letak kereta cawangan Homebase di Richmond, berhampiran Lapangan Terbang Heathrow, London. 

Sementara pada 2007, mayat seorang lelaki muda ditemui dalam gear pendaratan pesawat British Airways di Los Angeles.

Pada Ogos 2012, mayat seorang lelaki ditemui di ruang bawah kereta pesawat di Heathrow selepas penerbangan dari Cape Town. 

Bulan berikutnya, Jose Matada, 26, dari Mozambique, ditemui di sebuah jalan raya  di Mortlake, barat London, yang mana mangsa meninggal dunia akibat beberapa kecederaan selepas terjatuh dari pesawat dalam perjalanan dari Angola. – HARAKAHDAILY 22/12/2022

- Advertisement -