Perlu kerjasama banteras penyelewengan barangan bersubsidi

Izizam Ibrahim
- Advertisement -

KANGAR: Rakyat diseru menjadi mata dan telinga berkaitan isu penyelewengan barangan kawalan bersubsidi petrol dan diesel khususnya di Perlis.

- Advertisement -

Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan dan Prasarana Awam; Pengangkutan; Hubungan dan Kerjasama Sempadan; Penyelarasan Penguatkuasaan Bersepadu dan Aduan Awam negeri, Izizam Ibrahim berkata kerjasama dan integriti rakyat amat diharapkan untuk membanteras perkara itu bagi meminimumkan kegiatan penyelewengan barangan kawalan bersubsidi ini.

“Perkara ini juga memerlukan kerjasama utuh di antara agensi penguatkuasaan, dan syarikat-syarikat minyak termasuk stesen minyak,” katanya ketika menjawab soalan Mohd Ridzuan Hashim (PAS-Guar Sanji) pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis, di sini, hari ini.

Beliau berkata, pihaknya sedang meneliti beberapa aspek teknikal sedang dianalisis berkaitan perundangan dan peraturan bagi meminimumkan kegiatan tersebut.

Untuk rekod, sebanyak 193 kes dengan nilai rampasan 792,067 liter telah direkodkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup berkaitan kes penyeludupan minyak mentah petrol RON95 bagi seluruh negara sepanjang Januari sehingga November 2022.

“Manakala rekod Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada tahun 2022 sehingga November pula, ialah sebanyak 7,125 liter dengan nilai lebih kurang RM14,606.25.

“Daripada ini, 10 tindakan telah diambil yang merangkumi tujuh 7 kes tangkapan,

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Perlis juga turut menjalankan operasi secara berterusan untuk memastikan barangan kawalan dan subsidi tidak diseludup keluar dari negeri Perlis,” katanya lagi. – HARAKAHDAILY 22/12/2022

- Advertisement -