Khidmat Malaysia buka Bilik Gerakan Info Bencana

- Advertisement -

SEPERTI mana amaran yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) malam tadi bahawa hujan berterusan di lapan negeri iaitu Terengganu, Kelantan, Pahang, Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Johor, yang dijangka berlaku hingga 20 Disember ini, Bilik Gerakan Info Bencana (BGIB) telah mula menerima laporan berkaitan dengan kawasan yang telah dinaiki air sehingga menyebabkan bencana banjir berlaku.

- Advertisement -

Antara negeri yang terjejas teruk ketika ini adalah negeri Kelantan dan Terengganu manakala beberapa buah negeri lain telah mula memberikan maklumat paras air yang semakin membimbangkan.

Semalam, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan yang terbahagi kepada tiga seksyen iaitu seksyen A, amaran hujan berterusan (bahaya) yang melibatkan beberapa daerah di Kelantan dan serta seluruh Terengganu.

Hujan sangat lebat berterusan dijangka berlaku di negeri Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai).

Manakala seksyen B iaitu amaran hujan berterusan (buruk) dikeluarkan bagi daerah Padang Terap, Sik dan Baling, Hulu Perak,  Gua Musang, beberapa daerah di Pahang iaitu Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin.

Amaran ketiga iaitu seksyen C, amaran hujan berterusan (waspada) dikeluarkan bagi seluruh negeri Pulau Pinang serta beberapa daerah di negeri Kedah iaitu Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu.

BGIB telah mula beroperasi 24 jam yang diketuai oleh Encik Mohd Ashrul Hisyam Abdul Jalil di Pejabat Pentadbiran Khidmat Malaysia Pusat. Arahan juga telah diberikan kepada Khidmat Malaysia Negeri khususnya yang terlibat dengan banjir.

Khidmat Malaysia mengalu-alukan sumbangan daripada semua pihak. Dana sumbangan khusus buat mangsa bencana dan para petugas barisan hadapan yang turun beroperasi.

Sumbangan boleh dihulurkan melalui nombor akaun:

Bank: Maybank
No akaun: 5623 8454 2866
Nama: Pertubuhan Pengurusan Kecemasan Bencana Malaysia (KHIDMAT MALAYSIA)

Sebarang makluman mengenai sumbangan atau pertanyaan boleh hubungi di Whatsapp HOTLINE KM di nombor 010-544 9866.

Berkhidmat Untuk Kemanusiaan, Beramal Kerana ALLAH.

KHAIRUL FAIZI AHMAD KAMIL
Ketua Pengarah Khidmat Malaysia
18 Disember 2022 – HARAKAHDAILY 18/12/2022