Taufan Mandous melanda Sri Lanka

- Advertisement -

COLOMBO: Sekurang-kurangnya tiga orang maut dan 19 lain cedera apabila Taufan Mandous melanda Sri Lanka, semalam.

- Advertisement -

Pusat Pengurusan Bencana di Sri Lanka menyatakan bahawa lebih 21,000 penduduk terjejas akibat cuaca buruk ketika Taufan Mandous melanda.

Ini membabitkan 6,113 keluarga di 16 wilayah, manakala 5,639 rumah di kawasan lain negara ini dilaporkan rosak.

Timbalan Pengarah Pusat Pengurusan Bencana, Pradeep Kodippili, berkata mereka sudah mula menilai kerosakan, manakala penduduk yang terjejas akan diberi pampasan.

Pusat Pengurusan Bencana juga menyatakan bahawa kesan Mandous semakin berkurangan, tetapi penduduk Sri Lanka masih diminta untuk mengambil langkah berjaga-jaga.

Pada pertengahan Mei 2017, hujan monsun yang melanda Sri Lanka menyebabkan banjir teruk dan tanah runtuh di beberapa daerah di seluruh negara, mengorbankan lebih 200 orang dan menyebabkan ribuan orang kehilangan tempat tinggal. – GULF TIMES

- Advertisement -