Türkiye temui 150 juta tong rizab minyak

- Advertisement -

ANKARA: Türkiye menemui 150 juta tong rizab minyak bersih bernilai AS$12 bilion di kawasan pergunungan tenggara negara ini.

- Advertisement -

Presiden Recep Tayyip Erdogan mengumumkan penemuan itu selepas mesyuarat Kabinet, semalam dengan berkata: “Kami menemui 150 juta tong rizab minyak bersih di Gunung Gabar. Ia adalah antara 10 penemuan minyak di daratan pada 2022. Nilai rizab adalah kira-kira AS$12 bilion.”

Penemuan ini dianggap penting, terutama selepas Türkiye meningkatkan aktiviti cari gali minyak di daratan.

Erdogan berkata, pengeluaran minyak bermula dari telaga yang suatu ketika dulu pernah dituang konkrit kerana dipercayai tiada minyak dan juga dari kawasan yang terpaksa ditinggalkan akibat keganasan. .

Menurutnya, Ankara menyasarkan untuk meningkatkan pengeluaran harian minyak kepada 100,000 tong pada ulang tahun Republik Türkiye ke-100 dengan lebih banyak penyelidikan seismik, penggerudian dan kaedah meningkatkan produktiviti.

Wilayah yang penemuan baharu rizab minyak dibuat dinamakan sempena Gendarmerie Esma Cevik, yang mati ketika kerja pembersihan lombong di Gunung Gabar. – TRT WORLD

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

- Advertisement -