Penduduk dapat rezeki berganda di musim tengkujuh

- Advertisement -

PASIR MAS: Bagi penduduk yang tinggal di kawasan rendah musim tengkujuh begitu merisaukan, namun berbeza pula bagi mereka gemar menangkap ikan.

- Advertisement -

Antaranya Arifin Hussin, 63, mendapat rezeki berganda apabila memperolehi pelbagai jenis ikan termasuk baung, tembakang, terbol, perah, toman dan puyu menerusi aktiviti menjala.

Beliau lebih dengan panggilan Abe Awe berkata, musim tengkujuh membawa rezeki bagi keluarganya apabila mendapat ikan dengan menjala.

Katanya, beliau melakukan menjala sejak lima hari yang lalu setelah paras air naik untuk dijadikan juadah keluarga dan dijual kepada mereka yang berminat dengan ikan air tawar.

“Setiap hari saya turun rumah untuk melakukan aktiviti menjala selepas solat Subuh. Saya pulang sebentar ke rumah untuk solat Zohor dan Asar kemudian menjual ikan sehingga Maghrib.

“Kebiasaannya pelanggan datang membeli di gerai saya apabila tiba musim tengkujuh,” katanya ketika ditemui di Sungai Tasik Garu, di sini hari ini.

Kata beliau ikan yang diperolehi itu dijual dengan harga RM15 hingga RM35 sekilogram bergantung kepada jenis ikan.

Kalah katanya setiap hari beliau memperolehi pendapatan daripada jualan ikan kira-kira RM150.

Menurutnya juga beliau melakukan aktivitu menjala di musim tengkujuh di kawasan lubok ikan. – HARAKAHDAILY 13/12/2022

- Advertisement -