Pemain cedera sertai skuad Maghribi

Amine Harit
- Advertisement -

Pemain tengah Maghribi, Amine Harit, yang dipilih untuk mewakili negaranya di Piala Dunia Qatar, tetapi cedera seminggu sebelum kejohanan bermula, tiba di Doha, semalam untuk bersama pasukan itu pada separuh akhir menentang Perancis, esok.

- Advertisement -

Harit, 25, disambut rakan sepasukan dengan sebahagian mereka memuat naik gambar bersamanya di media sosial. Dia menyertai skuad negaranya dan meneruskan rawatan kerana kecederaan lutut bersama kakitangan perubatan Maghribi.

Kapten Maghribi, Romain Saiss, memaparkan gambar di Instagram yang menunjukkannya bersama Harit dan menulis: “Akhirnya bersama kita … moga Tuhan menyembuhkan kamu … pengembaraan ini juga milik kamu.”

Harit mengalami kecederaan ligamen yang serius di lutut kirinya ketika bermain untuk Olympique de Marseille menentang Monaco dalam Ligue 1 pada 13 November lalu, beberapa hari sebelum dia sepatutnya menyertai Piala Dunia.

“Seperti yang anda boleh bayangkan, di sebalik kesakitan fizikal, sukar untuk melihat impian Piala Dunia hilang beberapa jam sebelum dapat mengharunginya,” kata Harit di Twitter. – REUTERS

- Advertisement -