Perancis tempah tiket ke separuh akhir, atasi England 2-1

Sepakan penalti Harry Kane pada separuh masa kedua tersasar
- Advertisement -

Kempen Piala Dunia England berakhir dengan kekecewaan apabila tersingkir walaupun beraksi cemerlang pada suku akhir menentang Perancis di Stadium Al Bayt.

- Advertisement -

Kegagalan Harry Kane menjaringkan penalti pada penghujung separuh masa kedua selepas menyamai rekod jaringan Wayne Rooney sebanyak 53 gol melalui sepakan penalti pada separuh masa pertama, ternyata membawa padah.

Perancis mendahului pada minit ke-17 apabila sepakan Aurelien Tchouameni menewaskan Jordan Pickford.

England kelihatan pasukan yang lebih baik hampir sepanjang perlawanan dengan mencipta peluang menjaringkan gol.

Aurelien Tchouameni menjaringkan gol pertama Perancis

Sembilan minit selepas rehat, Kane menjaringkan gol penyamaan apabila menewaskan rakan sepasukan Tottenham, Hugo Lloris dengan meyakinkan melalui sepakan penalti selepas Tchouameni mengasari Bukayo Saka.

Namun, Perancis kembali mendahului 12 minit sebelum tamat permainan apabila Olivier Giroud menanduk masuk hantaran lintang Antoine Griezmann.

England mempunyai peluang pantas untuk menyamakan kedudukan apabila Theo Hernandez mengasari pemain gantian Mason Mount.

Ketika berpeluang mencipta sejarah, Kane menyempurnakan sepakan penalti keduanya secara liar ke atas dan impian Piala Dunia England berakhir ketika Perancis menantikan perlawanan separuh akhir menentang Maghribi. – BBC Sport

- Advertisement -