Piala Dunia Qatar: Jepun tersingkir gara-gara penalti

Penjaga gol, Dominik Livakovic, muncul hero Croatia menyelamatkan tiga sepakan penalti pemain Jepun
- Advertisement -

Penjaga gol Croatia, Dominic Livakovic menyelamatkan sepakan penalti tiga pemain Jepun, Takumi Minamino, Kaoru Mitoma dan Maya Yoshida, sebelum Mario Pasalic menjaringkan sepakan penalti memastikan kemenangan 3-1 ke atas Jepun untuk mara ke suku akhir Piala Dunia.

- Advertisement -

Terikat dengan kedudukan pada 1-1 selepas 90 minit perlawanan, Kaoru Mitoma hampir meledak gol kemenangan Jepun pada masa tambahan, namun Livakovic sempat menepis tendangan kencang pemain Jepun itu.

Pada babak pertama, Daichi Kamada menyaksikan rembatannya tersasar beberapa minit sebelum serangan balas pantas membolehkan Jepun berada di depan.

Pemain Jepun kecewa tersingkir dari Piala Dunia dalam penentuan sepakan penalti

Gol pada minit ke-43 itu bermula dengan hantaran lintang Ritsu Doan kepada Daizen Maeda yang kemudian merembat menerjah masuk gawang Croatia.

Penyerang Croatia, Ivan Perisic yang dinafikan penjaga gol Jepun, Shuichi Gonda pada awal permainan, menyamakan kedudukan 10 minit selepas rehat dengan menanduk hantaran lintang Dejan Lovren.

Croatia akan berdepan Brazil yang menewaskan Korea Selatan 4-1 pada satu lagi aksi suku akhir. – REUTERS

- Advertisement -