Piala Dunia Qatar: Perancis terus mara kalahkan Poland 3-1

Olivier Giroud (kiri) dan Kylian Mbappe, menjaringkan tiga gol untuk Perancis
- Advertisement -

Perancis menewaskan Poland 3-1 dalam pertembungan 16 terakhir Piala Dunia yang menyaksikan Olivier Giroud muncul penjaring terbanyak Perancis sepanjang masa, manakala Kylian Mbappe terus berbisa dengan menjaringkan dua gol menakjubkan.

- Advertisement -

Perancis tanpa henti menyerang ketika berusaha mencari gol pertama, tetapi tidak dapat memecahkan kekebalan pertahanan Poland sehingga Mbappe membuka ruang untuk Giroud menewaskan penjaga gol, Wojciech Szczesny sebelum rehat yang menyaksikan jaringan ke-52 dirinya untuk Les Bleus.

Penyandang juara Piala Dunia terus mengasak selepas rehat, dengan Giroud hampir menjaringkan gol kedua apabila dia menampan hantaran lintang Jules Kounde yang hanya sedikit melepasi tiang.

Giliran Mbappe menjaringkan gol tiba pada minit ke-74 apabila melakukan rembatan deras dari dalam kotak penalti ke penjuru atas pintu gol.

Ketika masa kecederaan, Mbappe menambah gol kedua untuk memastikan kemenangan selesa Perancis selain menyaksikannya mengumpul lima gol keseluruhan dalam kejohanan itu. Poland pula mendapat gol sagu hati melalui sepakan penalti Robert Lewandowski. – REUTERS

- Advertisement -