Piala Dunia Qatar: England atasi Senegal 3-0

Bukayo Saka (kanan) yang menjaringkan gol ketiga England meraikan jaringannya bersama Harry Kane (tengah) dan Phil Foden (kiri)
- Advertisement -

England yang kini mempunyai lebih banyak pilihan penjaring gol meneruskan rekod tanpa kalah menentang pasukan Afrika dengan kemenangan 3-0 ke atas Senegal.

- Advertisement -

Kapten England, Harry Kane juga menjaringkan gol pertama pada Piala Dunia ketika negaranya bakal bertembung dengan penyandang juara, Perancis di peringkat suku akhir.

England bermula perlahan menentang penyerang Senegal yang pantas dalam pertemuan pertama kedua-dua negara itu. Aksi menyelamat dengan sebelah tangan menakjubkan Jordan Pickford menghalang Boulaye Dia memberikan pendahuluan mengejut kepada pasukan Afrika itu.

Jordan Henderson menamatkan aksi perlahan England melalui gol pertama pada minit ke-38 selepas menerima umpanan menarik Jude Bellingham.

Kane merembat kencang melepasi penjaga gol Edouard Mendy dengan sepakan terakhir separuh masa pertama, meletakkannya hanya satu gol di belakang rekod Wayne Rooney yang meledak 53 gol untuk England.

Pemain sayap lincah, Bukayo Saka memperoleh gol ketiga menewaskan Mendy selepas menerima hantaran lintang Phil Foden pada minit ke-57.

Pesta gol England di Qatar dengan 12 jaringan setakat ini, menyamai jumlah jaringan Piala Dunia terbaik mereka sebelum ini di Rusia pada 2018 apabila mara ke separuh akhir. England menjaringkan 11 gol ketika memenangi gelaran dunia pada tahun 1966. – REUTERS

- Advertisement -