Hashim Mustapha meninggal dunia

- Advertisement -

Bekas penyerang kebangsaan dan Kelantan, Mohd Hashim Mustapha, 56, menghembuskan nafas terakhirnya, malam tadi.

- Advertisement -

Allahyarham meninggal dunia pada jam 10.26 malam di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (Hospital USM) Kubang Kerian, Kelantan.

Mohd Hashim yang menghidap penyakit kencing manis dan kaki kirinya dipotong pada Oktober lalu, meninggalkan seorang balu dan tiga cahaya mata.

Jenazah beliau dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Baung Bayam, Kota Bharu pagi ini.

Allahyarham merupakan ketua jurulatih pasukan Tok Janggut Warriors FC yang beraksi dalam Liga M3 Malaysia musim ini dan sebelum ini pernah menjadi penolong jurulatih pasukan Kelantan serta ketua jurulatih MOF FC, skuad Piala Presiden Kelantan dan D’AR Wanderers FC.

Sepanjang kerjayanya sebagai pemain, Hashim yang turut pernah menyarung jersi Kedah, Johor, JKR Kelantan dan TNB Kelantan, merupakan pemenang Kasut Emas Liga Perdana 1993 dan 1994 bersama Kelantan serta membantu skuad kebangsaan meraih pingat perak pada Sukan SEA 1987 di Jakarta, Indonesia.

Semoga Allah SWT merahmati rohnya, mengampuni segala dosanya dan menempatkannya dalam kalangan para solehin. – FAM

- Advertisement -