Adun Sanglang angkat sumpah MB Perlis ke-8

- Advertisement -

ARAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sanglang, Mohd Shukri Ramli petang ini mengangkat sumpah jawatan MenterI Besar Perlis ke-8.

- Advertisement -

Mohd Shukri, 61, menerima watikah pelantikan daripada Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail pada Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Menetri Besar di Bilik Hijar, Istana Arau pada sekitar jam 4.12 petang. (Foto atas)

Turut berangkat pada majlis berkenaan, Raja Muda Perlis Tunku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Pelantikan Mohd Shukri telah mendapat perkenan Tuanku Syed Sirajuddin berpandu Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perlis.

Beliau yang juga Pengerusi PERIKATAN NASIONAL (PN) negeri dipersetujui kepimpinan tertinggi PN selepas mendapat watikah lantikan pada Ahad, 20 November lalu.

Beliau menerajui DUN Sanglang selama tiga penggal berturut-turut sejak Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

PAS Perlis berjaya mencipta sejarah selepas berjaya menawan negeri itu atas tiket PN, yang sebelum ini dikuasai Barisan Nasional sejak negara mencapai kemerdekaan.

Mohd Shukri merupakan Menteri Besar dari PAS yang keempat selepas Kelantan, Terengganu dan Kedah. – HARAKAHDAILY 22/11/2022

- Advertisement -