PRU15: Dilarang rai kemenangan di jalan awam

- Advertisement -

KUALA TERENGGANU: Semua penyokong parti diingatkan agar tidak terlibat dalam sebarang  perarakan bagi meraikan kemenangan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) terutama di jalan-jalan awam.

- Advertisement -

Ketua Urusetia Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Polis Terengganu Supt Mohd Aluwi Husain berkata sebarang aktiviti seumpama itu  tidak dibenarkan bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini yang  boleh menjejaskan ketenteraman awam.

Beliau berkata pasukan polis bersiap sedia  mengawal keadaan dan  orang ramai  digesa  mematuhi segala peraturan dan undang-undang ditetapkan.

“Polis Kontinjen Terengganu berharap proses PRU15 yang kini berjalan dengan aman dapat dikekalkan sehingga keputusan diketahui.

“Justeru, kerjasama semua pihak amat diperlukan sehingga kerajaan dibentuk. Jangan timbulkan provokasi atau kekacauan bagi mengelak kejadian tidak diingini,” katanya. – BERNAMA

- Advertisement -