Manifesto PN ambil kira kejayaan negeri diterajui PAS

- Advertisement -

KOTA BHARU: PERIKATAN NASIONAL (PN) menawarkan manifesto kepada rakyat yang bertemakan Bersih dan Stabil (BEST) untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), 19 November depan.

- Advertisement -

Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, pelancaran manifesto tersebut dengan mengambil kira kemampuan kerajaan negeri yang ditadbir PAS di Kelantan, Terengganu dan Kedah bebas daripada rasuah dan salah guna kuasa.

Katanya, berbeza dengan gabungan parti politik lain termasuk Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) yang pernah terpalit dengan skandal sepanjang pemerintahan mereka sebelum ini.

“Saya sebut ringkas tema kita BEST, kita buktikan kerajaan kita bersih tiada salah laku tidak terlibat rasuah termasuk ketika PN memerintah negara sebelum ini.

“Kes dibawa ke mahkamah itu itu kes berlaku masa BN, tetapi apa yang berlaku di mana PN bawa ke mahkamah tetapi masa kerajaan PH ada pemimpin PH terlibat dengan rasuah berhenti tengah jalan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang akhbar selepas majlis Jumpa Mata Orang Ketereh di Pasar Peringat di sini hari ini.

Turut hadir calon Parlimen Ketereh, Mejar Jeneral (B) Dato’ Khlir Mohd Nor; Yang Dipertua PAS Ketereh, Dato Sr Azami Mohd Noor dan Setiausaha PAS Ketereh Asri Yunus.

Tuan Guru Abdul Hadi juga berkata, laporan sebuah portal media yang melaporkan calon PN Parlimen Ketereh yang menyatakan sebagai calon ‘daripada Allah SWT’ dan bukannya calon bidang terjun.

Beliau menempelak laporan berita tersebut seolah-olah meragui sejauh mana tahap kepercayaan orang Islam terhadap Tuhannya, yang merupakan sebahagian elemen dalam Rukun Islam yang tidak sewajarnya dipertikaikan.

“Saya nak sebut satu isu yang menarik saya portal terbabit melaporkan Dato’ Khlir kata dia calon dari Allah, memanglah kita dalam Islam percaya Allah Taala letak kita di mana-mana itu orang Islam.

“Dia tak tahu ke portal terbabit percaya Allah ke tidak, sebut berita tu Malaysiakini percaya kepada Allah ke..” soal beliau. – HARAKAHDAILY 6/11/2022

- Advertisement -