PRU15: Wawasan Malaysia bersih dan stabil

- Advertisement -

FIRMAN Allah S.W.T:

- Advertisement -

ظَهَرَ الْفَسَادُ فِى الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ اَيْدِى النَّاسِ لِيُذِيْقَهُمْ بَعْضَ الَّذِيْ عَمِلُوْا لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُوْنَ.

“Telah tampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia (yang rakus, tamak haloba menyalahgunakan kuasa dan nikmat Allah), (Allah menimpakan pembalasan itu kerana) menghendaki agar mereka merasakan sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar).”

(Ar-Ruum: 41)

Syariat Allah S.W.T yang diturunkan kepada manusia (khalifah Allah di bumi) adalah bertujuan menjaga kepentingan dan kemaslahatan manusia sejagat. Antara prinsip Syariat Allah adalah telus, tulus, beramanah, berintegriti dan berkebajikan. 

Prinsip ini menunjukkan bersih dan luhurnya matlamat yang dibawa oleh Allah S.W.T kepada hamba-Nya umat manusia. Hala tuju yang bersih dan luhur pastinya jika terlaksana akan membawa kestabilan kepada organisasi dan siapa jua yang bernaung di bawahnya sama ada ianya organisasi yang mengurus tadbir sebuah persatuan, pertubuhan, parti, negeri atau negara.

Perikatan Nasional yang dianggotai beberapa parti politik termasuk PAS, BERSATU, Gerakan dan GRS terbukti mengutamakan kepentingan rakyat dan kesejahteraan negara bermula cabaran pandemik COVID-19 yang lalu. Pelbagai inisiatif dan insentif telah disediakan oleh pihak Kerajaan Perikatan Nasional pada waktu itu untuk meringankan bebanan rakyat termasuklah kempen vaksinasi percuma, moratorium, pakej rangsangan ekonomi, bantuan kewangan dan kebajikan serta pelbagai lagi. Ini menunjukkan keprihatinan Kerajaan Perikatan Nasional terhadap keperluan utama dan kebajikan rakyat.

Daripada sudut yang lain pula, urusan pentadbiran kerajaan yang telus dan bersih boleh dilihat di Kelantan. Kelantan sebagai model pentadbiran bersih daripada rasuah sejak 32 tahun yang lalu. Begitu juga Terengganu dan Kedah seharusnya dicontohi dan dijadikan inspirasi oleh semua rakyat Malaysia bagi mewujudkan pengurusan cemerlang. 

Justeru bagi memastikan negara bersih dan stabil, rakyat Malaysia perlu memberikan kepercayaan kepada Perikatan Nasional untuk mentadbir negara melalui undi dalam Pilihan Raya Umum PRU-15 ini. Undilah calon Perikatan Nasional.

“Bersih dan Stabil”

ABU IRFAN MUHAMMAD AL-URDUNI,
Ketua Penerangan Badan Perhubungan PAS Negeri Johor.
29 Rabi’ul Awwal 1444
26 Oktober 2022 – HARAKAHDAILY 26/10/2022

- Advertisement -