Tolak calon cenderung anti-Raja Melayu, anti-Islam

- Advertisement -

Oleh FAIZAH ARBAIN

- Advertisement -

SANDAKAN: Pengundi tidak boleh secara sembrono memilih pemimpin pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15, 19 November ini kerana ia tidak mampu diubah dalam tempoh lima tahun.

Setiausaha Badan Perhubungan PAS Sabah Dr Aliakbar Gulasan berkata, pengundi juga perlu memastikan agenda perjuangan calon yang dipilih mampu membangunkan rakyat Sabah secara seimbang antara dunia dan akhirat.

Katanya, pengundi perlu menggunakan kuasa politik yang miliki lima tahun sekali bagi menentukan pemimpin benar-benar layak dipilih.

“Pengundi mesti ada ilmu untuk memilih pemimpin antaranya pemimpin ada sifat ‘qawiyulamin’, besar jiwa, amanah dalam kepimpinan, berintegriti, bersih dan tidak melakukan rasuah.

“Pengundi mesti memahami agenda perjuangan yang mahu dibawa oleh seseorang pemimpin itu. Biasanya agenda itu boleh dilihat dalam perlembagaan parti yang diwakilinya,” kata beliau pada program siaran langsung ‘Perang Politik Dalam Islam’ di Facebook Demi Sabah semalam.

Oleh itu katanya, pemimpin yang mahu membawa aliran pemikiran merosakkan rakyat mesti ditolak tanpa kompromi termasuk mereka yang antiRaja Melayu, antiIslam, pemikiran liberal dan kehidupan songsang.

Selain itu katanya seseorang pemimpin itu mesti berjiwa besar dan matang dalam berpolitik dengan menunjukkan kredibiliti melaksanakan manifesto yang ditawarkan kepada rakyat.

“Pengundi juga perlu menolak pemimpin yang menggunakan fitnah untuk menjatuhkan lawan. Fitnah adalah politik kuno yang masih di takuk lama,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 22/10/2022

- Advertisement -