100 peratus lot tanah terkilan di Marang selesai

- Advertisement -

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Terengganu kini satu persatu telah berjaya menunaikan janji manifesto pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 lalu.

- Advertisement -

Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, manifesto adalah janji kerajaan kepada rakyat dan bukanlah suatu perkara yang menjadi mainan atau buah mulut semata-semata.

“Alhamdulillah, hari ini menyerahkan hakmilik Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) tapak rumah dan pertanian dan penyampaian Jadual 5A kepada 535 orang penerima bagi kawasan DUN Rhu Rendang,” ujarnya menerusi laman Facebook beliau, hari ini. (Foto atas)

Menurutnya, jumlah keseluruhan penerima dari DUN Rhu Rendang bermula Jun 2018 sehingga September lalu adalah sebanyak 993 lot RTB.

“Manakala, lot tanah terkilan daerah Marang berjaya diselesaikan 100 peratus,” ujarnya yang juga Adun Rhu Rendang.

Sehubungan itu, eliau mengucapkan tahniah kepada penerima-penerima, pasangan dan keluarga masing-masing di atas penerimaan surat hak milik tanah dan borang 5A.

“Semoga para penerima dapat memanfaatkan pemberian tanah ini dengan sebaiknya,” katanya lagi. – HARAKAHDAILY 20/10/2022

- Advertisement -