Bagaimana kerajaan mengawal inflasi negara

- Advertisement -

DALAM bahasa mudah inflasi bermaksud ‘peningkatan harga yang berterusan secara umum’. 

- Advertisement -

Kadar inflasi pula ialah ukuran bagi kadar peningkatan harga dalam bentuk peratusan. Sebagai contoh, kadar inflasi pada tahap 4.7 peratus sepertimana keadaan semasa Malaysia bermain perbelanjaan purata individu atas barangan utama dan perkhidmatan telah meningkat pada kadar 4.7 peratus dalam tempoh setahun.

Menyebut soal inflasi kita perlu menyedari situasi kenaikan harga barang sekarang adalah disebabkan oleh pelbagai faktor. Namun antara faktor utama adalah:

i. Krisis ekonomi dan tenaga ekoran perang Ukraine-Russia.
ii. Inflasi di Amerika Syarikat yang menyebabkan kesan domino ke negara luar.
iii. Kebergantungan negara yang tinggi terhadap barang import khususnya makanan.

Namun begitu, langkah kerajaan dalam menaikkan kadar OPR pada Januari lepas dilihat sangat berkesan dalam mengurangkan impak inflasi di negara kita.

Apa itu OPR dan bagaimana OPR membantu mengawal kenaikan harga barang disebabkan inflasi?

OPR atau nama panjangnya Overnight Policy Rate adalah adalah faedah yang dikenakan dalam pinjaman daripada bank ke bank lain.

Peningkatan OPR akan ‘memahalkan’ nilai ringgit. Hal ini demikian kerana apabila meningkatkan kadar OPR, perbelanjaan aliran tunai dalam negara semakin perlahan dan ia secara terus dapat meningkatkan simpanan negara. Ringgit semakin bernilai kerana keberadaan ringgit yang rendah dalam aliran tunai. 

Hal ini adalah langkah bagi melawan keadaan ringgit yang ‘murah’ akibat inflasi. Duit semakin kurang bernilai kerana berada dalam bentuk tunai yang banyak dalam pasaran namun barangan pula terhad.

OPR pula akan menyebabkan duit dalam bentuk tunai menjadi kurang dalam pasaran yang menjadi salah satu indikator inflasi yang rendah.

Sebagai perbandingan pada Jun 2022 keadaan Malaysia dalam kadar 2.8 peratus inflasi adalah lebih baik berbanding negara berikut:

Thailand (7.7 peratus),
Vietnam (3.4 peratus), 
Philippines (6.1 peratus),
Indonesia (4.3 peratus).

Fakta di atas hanyalah sebagai perbandingan bagi menunjukkan langkah kolektif kabinet campuran PN bersama kerajaan serta tuju pada tahun 2022 adalah pada landasan tepat.

Persoalan baru yang patut kita sama-sama jawab, apakah yang perlu kita sebagai rakyat usahakan agar prestasi cemerlang ini?

Sudah tentu memilih gabungan yang kompeten dan mengutamakan kebajikan rakyat.

PROFESIONAL ISTIQAMAH – HARAKAHDAILY 19/10/2022

- Advertisement -