Pacuan empat roda angkut peserta Ijtimak Tarbawi

- Advertisement -

BESUT: Ribuan anak muda yang terdiri daripada Pemuda PAS Malaysia dari seluruh negara berhimpun di Kompleks Pendidikan Tahfiz An Nur Jertih bermula petang semalam.

Program hari ini bermula dengan qiamulaiL jam 5 pagi dan selepas solat Subuh slot Wasail at Tazkirah yang disampaikan Bendahari PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah.

Naib Presiden PAS, Senator Datuk Idris Ahmad pula menyampaikan slot pengurusan ikhtilaf berkaitan perkara yang baharu dalam Islam.

- Advertisement -

Katanya ikhtilaf menawarkan suatu alternatif yang baharu boleh memperkayakan khazanah ilmu umat Islam menerusi pelbagai perbezaan yang wujud dalam masyarakat.

“Islam memerintah umatnya supaya bersatu dan bermuafakat serta melarang berpecah belah dan berselisih pendapat, ” katanya ketika membentang kertas kerja pada Ijtimak Tarbawi 8.0 di sini hari ini.

Laluan masuk ke Kompleks Pendidikan An Nur sesak dengan kehadiran pemuda PAS dari seluruh negara. Pusat pendidikan tersebut terletak kira-kira 1 km dari laluan utama dari Jertih ke Keruak.

Malah peserta ijtimak diangkut dengan pacuan empat roda dan motosikal ke lokasi ijtimak. Bas-bas yang mengangkut peserta ijtimak di parkir di tepi jalan utama. Pemuda dan Ameerah dipunggah ke lokasi himpunan.

Laluannya merupakan jalan kampung agak sempit. Terdapat banyak rumah di sepanjang laluan tersebut. Setiap peserta mendaftar menggunakan bar kod dan dikenakan sedikit bayaran untuk mendapat kertas kerja dan lencana ijtimak. – HARAKAHDAILY 1/10/2022

- Advertisement -