AADK sasar cegah dadah secara terkawal 2025

- Advertisement -

Oleh SALMAH MAT HUSAIN

KOTA BHARU:
Mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah (MTMD) hari ini meluluskan dua kertas pertimbangan Hala Tuju Dalam Membanteras Gejala Dadah dan bahan serta Pelaksanaan Program Berfokus.

- Advertisement -

Menteri Besar Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, dua kertas kerja itu diluluskan bagi menangani isu berkaitan pelencongan sosial dan penyalahgunaan dadah di Kelantan.

Katanya, kelulusan itu bagi memastikan usaha merawat pulih dan mencegah penagihan dadah yang dilaksanakan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) mencapai matlamat Dadah Terkawal 2025,” katanya pada kenyataan di sini.

Sebelum itu menteri besar mempengerusi mesyuarat berkenaan di Bilik Gerakan Negeri Kota Darulnaim hari ini. Turut hadir Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Keselamatan AADK, Azmi Mustafa dan Pengarah AADK Negeri Rohayu Ahmad.

Selain dua kertas pertimbangan tersebut, MTMD Kelantan turut membincangkan isu penyalahgunaan dadah, substan dan pelencongan sosial selain mencapai keputusan melibatkan beberapa cadangan.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Antidadah Kebangsaan turut membentang kertas laporan. – HARAKAHDAILY 28/9/2022

- Advertisement -