Bengkel Produksi Media asah bakat tulis berita

- Advertisement -

Oleh NUR SYARIFAH ARIFFIN

SANDAKAN:
Bengkel Produksi Media yang dianjurkan oleh Lajnah Penerangan dan Media Baharu PAS Sabah hari ini dapat menarik minat para peserta untuk menulis berita.

Timbalan pengarah program, Umee Suziana berharap semua peserta yang terdiri daripada ahli PAS dapat menguasai bidang penulisan terutama melaporkan.

Katanya, peserta perlu menguasai pelbagai bidang untuk membantu jentera PAS.

- Advertisement -

Seorang peserta, Martina Tahil dari Lahad Datu berkata, bengkel seperti itu perlu diadakan secara berkala pada masa akan datang agar dapat mencungkil lagi lebih ramai ahli yang mahir menulis.

Seramai 25 peserta mengikuti bengkel yang dianjurkan oleh Lajnah Penerangan dan Media Baharu PAS negeri itu sebagai persediaan menghadapi pilihan raya.

Program yang bermula 9.00 pagi yang diadakan di Pusat Khidmat Masyarakat PAS Kawasan LIbaran itu dikendalikan oleh Editor Harakahdaily, Azmi Yusof dan wartawan Urusan Borneo.

Turut hadir Ketua Penerangan dan Media Baharu Dewan Muslimat PAS negeri, Julaila Ismail.

Sementara itu, Salmiah Mohidin pula berpandangan bengkel tersebut dapat menambah dan memperbaiki mutu penulisan bagi peserta yang sedia ada.

“Banyak input yang diperolehi untuk memperbaiki dan mengaplikasi ilmu yang sedia ada sepertimana yang kita lihat penulisan sentiasa ada perubahan mengikut situasi,” katanya lagi.

Bagi Faezah Arbain dari Sandakan pula, ilmu kewartawanan yang disampaikan dalam bengkel itu dapat membantu dari segi penulisan berita.

“Kami diajar menulis dengan baik agar boleh menghantar bahan berita mana-mana portal dan akhbar,” katanya. – HARAKAHDAILY 16/9/2022

- Advertisement -