Beri kesedaran politik menerusi program kebajikan

- Advertisement -

Oleh HAZIMAH LANUS

SANDAKAN:
Muslimat PAS Sabah berusaha memberi kesedaran politik kepada masyarakat khususnya wanita melalui program kebajikan.

Menurut Ketua Penerangannya, Julaila Ismail, setiap kali program kebajikan diadakan, mereka akan berusaha mengambil peluang untuk memberi pemahaman kepada wanita perlunya cakna tentang politik.

- Advertisement -

“Mereka tidak terlibat politik kerana tidak faham tentang kepentingan berpolitik, jadi kami perlu turun ke lapangan menyantuni golongan ini.

“Ini antara usaha kami untuk memberi kefahaman kepada masyarakat khususnya wanita tentang hak mereka,” ujarnya ketika ditemui pada Bengkel Produksi Media di Pusat Khidmat Masyarakat PAS Kawasan Libaran, di sini, hari ini.

Tambahnya, mereka turut memberikan kesedaran tentang tawaran kerajaan khususnya kepada wanita di dalam program-program yang dianjurkan.

“Maka untuk memberi kesedaran kepada wanita, penerangan haruslah dibuat secara berterusan supaya mereka sedar dan faham kepentingannya,” katanya lagi.

Bengkel yang dianjurkan oleh Lajnah Penerangan dan Media Baharu PAS negeri itu telah dihadiri oleh 25 orang wartawan sebagai persediaan menghadapi pilihan raya.

Program yang bermula 9.00 pagi itu dikendalikan oleh Editor Harakahdaily, Azmi Yusof dan wartawan Utusan Borneo. – HARAKAHDAILY 16/9/2022

- Advertisement -