Malaysia Sejahtera dicapai apabila masyarakat bertaqwa

- Advertisement -

Oleh NOOR SARA MASHITOH MOHAMAD HANIF

ALOR SETAR: Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) mengangkat 10 tunjang utama Ulama Memimpin Kesejahteraan sebagai 10 tunjang untuk mencapai Malaysia Sejahtera.

Perwakilan Dewan Ulamak PAS Malaysia, Ustaz Nushi Mahfodz berkata, pertama menjadikan Islam sebagai asas utama Malaysia Sejahtera.

- Advertisement -

Katanya ia adalah asas perjuangan yang dibawa ulama dan pendakwah kepada semua ahli PAS di seluruh negara.

“Semua peringkat diharap dapat memainkan peranan secara proaktif sebagai menterjemahkan ucapan dasar bagi memacu, menggerak dan memimpin ummah menuju kemenangan Islam.

“Kita bersyukur dalam konteks negara kita perlembagaan persekutuan meletakkan Islam sebagai agama persekutuan,” katanya ketika membahas Ucapan Dasar Presiden pada hari terakhir Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-68 di Dewan Dato’ Haji Fadzil Mohd Noor, Kompleks PAS Kedah di sini hari ini.

Menurutnya juga Malaysia Sejahtera dapat dicapai dengan masyarakat berilmu dan bertaqwa dengan menjadikan ilmu sebagai keutamaan.

Ujarnya lagi dalam usaha merencana agenda Malaysia Sejahtera bagi menyatu ummah demi kemenangan Islam, wajar disoroti agar perancangan yang dibentuk dapat dipandukan dengan realiti semasa.

“Kita tidak mahu PAS beretorik dengan bahasa yang muluk sehingga hilang pegangan dan pertimbangan dengan beriya-iya bercerita tentang dahan dan ranting, sedangkan batang pokoknya telah reput dimakan anai-anai,” katanya. – HARAKAHDAILY 4/9/2022

Menurutnya kefahaman dan penghayatan kini masih belum seimbang apatah lagi apabila bercakap soal kesyumulannya.

- Advertisement -