Bawa akhbar Harakah ketika temui pengundi

- Advertisement -

Oleh NOR HAZWANI NOH

ALOR SETAR:
Setiap PAS kawasan perlu memperkasakan pengedaran Harakah kepada ahli-ahli bagi membantu menyebarkan maklumat mengenai PAS dan isu semasa kepada masyarakat.

Ketua Penerangan PAS, Senator Ir Ts Khairil Nizam Khirudin berkata, Harakah yang dijual pada harga RM2 boleh dibawa ketika turun berjumpa dengan pengundi.

Katanya Harakah sebagai akhbar alternatif yang perlu diperluaskan untuk memastikan maklumat sebenar sampai kepada orang ramai.

- Advertisement -

“Akhbar versi cetak masih diperlukan bagi pengundi di kawasan kampung yang tidak ada akses internet. Mereka hanya bergantung kepada RTM dan juga media di bawah Media Prima untuk mendapatkan maklumat.

“Harga Harakah masih lagi mampu milik untuk diberikan kepada pengundi khususnya di kawasan Melayu yang tiada akses Internet,” katanya pada sesi penggulungan perbahasan Ucapan Dasar Presiden di Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-68 di Kompleks PAS Kedah, di sini hari ini.

Beliau juga berkata, Harakah telah dilakukan transformasi secara berperingkat.

Menurut Ir Khairil Nizam juga pihaknya mengadakan program yang bersifat mingguan dan bulanan supaya mujahid cyber mempunyai maklumat dan isu terkini.

“Saya amat bersetuju dengan Perak yang menyatakan perlu ada bank isu, insya-Allah kita akan uruskan, setiap minggu kita akan adakan pertemuan mujahid cyber bersama pemimpin PAS, menteri dan timbalan menteri.

“Setakat ini setiap minggu tidak kurang 600 mujahid siber bersama dalam perbincangan isu semasa yang kita adakan pada setiap hari Isnin.

“Yang kita ceritakan isu-isu semasa frequently ask question rakyat di bawah sana, kita bawa menteri, timbalan menteri serta pegawai-pegawai mereka untuk menjawab persoalan tersebut,” katanya.

Menurutnya juga pertemuan akan diadakan sebulan sekali bagi memberi penerangan dan berkongsi masalah yang mereka supaya dapat diselesaikan bersama.

Beliau juga berkata, program penerangan terbahagi kepada beberapa konteks antaranya dalam bentuk konvensional.

Sementara itu pada muktamar hari ini turut diadakan gimik pelancaran e-Harakah yang disempurnakan Presiden PAS Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

e-Harakah boleh dilanggan setiap ahli dan pendukung PAS kerana harganya jauh lebih murah dan boleh mengakses sama dengan Harakah dalam bentuk digital. – HARAKAHDAILY 4/9/2022

- Advertisement -