‘Satukan hati-hati kamu dalam perjuangan’

- Advertisement -

ALOR SETAR: “Jangan berbalah, inilah pesanan Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Awang yang cukup meninggalkan kesan kepada kami (As-Sabiqun),” luah perwakilan As-Sabiqun, Ustaz Ismail Mohamad.

Menurutnya, As-Sabiqun telah melalui proses yang begitu lama dalam perjuangan PAS.

Katanya, persoalan dalaman yang berlaku dalam PAS perlu diselesaikan untuk melahirkan Malaysia Sejahtera.

- Advertisement -

Beliau berkata, perpecahan berlaku dalam PAS akibat diri sendiri kerana membiarkan ia merebak sehingga melahirkan kumpulan.

Katanya, kumpulan itulah yang mendatangkan perpecahan dalam parti.

“Hendak menyatukan ummah, dalaman dahulu kena menyatu diri kita dengan keputusan kalah bukan berbalah.

“Satukan hati-hati kamu dalam perjuangan ini,” katanya pada sesi perbahasan menyokong ucapan dasar Presiden di Muktamar Tahunan PAS ke-68 di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut, hari ini. – HARAKAHDAILY 3/9/2022

- Advertisement -