Politik untuk jadikan manusia khalifah, bukan alat kebendaan

- Advertisement -

ALOR SETAR: PAS serius ke arah mentadbir pemerintahan negara ini dengan kesejahteraan yang dikemukakan menerusi dokumen lengkap secara berpaksi dan berprinsip. 

Perwakilan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Afnan Hamimi Dato’ Taib Azamudden berkata, dokumen-dokumen tersebut telah dirangka ke arah pembangunan mengikut Islam. 

“Kita menganggap manusia sebagai khalifah. Manusia bukan sebagai alat untuk mendapat keuntungan semata-mata. Inilah yang membezakan di antara PAS dengan ideologi parti-parti politik yang lain.  

“Yang membeza PAS dengan ideologi falsafah-falsafah Barat yang lain. Mengemukakan satu dasar yang mengangkat fungsi manusia sebagai khalifah dan sebagai hamba kepada Allah,” ujarnya. 

Beliau membahas Ucapan Dasar Presiden PAS dalam Muktamar Tahunan PAS Pusat Kali Ke-68 di Dewan Dato’ Fadzil Mohd Noor, di sini sebentar tadi. 

Menurutnya, dengan kedudukan PAS dalam kerajaan sekarang PAS memerlukan wujudnya minda pembangunan dalam kalangan pendukung PAS agar dapat membentuk manusia. 

“Kalau manusia itu dijadikan alat untuk pembangunan, maka sudah tentulah manusia itu akan dieksploitasi, dipergunakan dikerah sehabis mungkin untuk mendapat keuntungan semata-mata.  

“Manusia yang menjadi alat kepada pembangunan ini, ukurannya hanyalah pada aspek tangible measureble sahaja. Tidak mengambil kira aspek yang intensible ataupun unisurable.  

“Tetapi jika kita beralih kepada tasawur pemikiran Islam yang terkandung dalam pembangunan itu sebenarnya adalah untuk manusia. Semua yang kita buat, semua yang dibina, segala hasil bumi yang diuruskan, segala perancangan-perancangan, segala polisi dasar untuk mengangkat. 

“(Adalah) untuk membina manusia sebagai khalifah dan sebagai hamba Allah. Dan inilah tugas PAS yang telah didokumenkan dalam Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS),” ujarnya. 

Jelasnya, perbezaan melihat perkara itulah menyebabkan adanya parti politik dalam penyatuan ummah menganggap parti-parti politik, pengundi-pengundi hanyalah alat untuk mendapat kuasa sahaja semata-mata. – HARAKAHDAILY 3/9/2022

- Advertisement -
- Advertisement -