Pembangunan Aspire Residence Cyberjaya diusahapulihkan

- Advertisement -

PETANG semalam saya menjemput wakil pembeli Aspire Residence Cyberjaya ke pejabat, menyantuni keresahan mereka terhadap kemajuan projek yang melibatkan pembinaan tiga blok kediaman dengan 1,168 unit keseluruhannya.

Projek ini amat dekat di hati saya. Semasa saya mula-mula diberi tanggungjawab sebagai Menteri, ini antara projek yang terawal saya lihat. 

Benar, projek ini bermasalah ketika itu. Alhamdulillah, dalam tempoh 6 bulan kita telah dapat penyelesaian hala tuju baharu termasuklah mendapatkan kontraktor baharu. 

Kini projek dalam fasa penyiapan baki kerja-kerja yang ada dan saya memberikan komitmen bahawa keresahan ini akan dirawat sebaiknya. 

Saya telah mengarahkan Ketua Setiausaha KPKT dan Ketua Pengarah Jabatan Perumahan Negara memantau progres kerja dan pembangunan Aspire Residence Cyberjaya ini sehingga serahan milikan kosong dijangka pada September 2023. 

Begitu juga dengan pemberian advance LAD kepada pembeli yang layak bagi mengurangkan beban kewangan yang ditanggung ketika ini. 

Insya-Allah, proses bayaran advance LAD ini akan dibuat bermula pada 5 September 2022 ini. 

Terima kasih Puan Siti Mariam Jusoh, Ketua Jawatankuasa Pembeli serta wakil-wakil pembeli yang turut hadir. 

Saya diberi jaminan bahawa hak-hak pembeli akan terus terpelihara dan SPNB akan terus mengadakan libat urus dengan para pembeli dari semasa ke semasa.

DATO’ SRI REEZAL MERICAN NAINA MERICAN
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan – HARAKAHDAILY 26/8/2022

- Advertisement -
- Advertisement -